BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 26, 2011

ALLAH TUHANKU ...



YA ALLAH ...

AMPUNKAN DOSA KU..
AMPUNKAN DOSA IBU BAPAKU ..
AMPUNKAN DOSA AHLI KELUARGA KU ...
AMPUNKAN DOSA RAKAN-RAKANKU ..
AMPUNKAN DOSA SAUDARA MARAKU ..
AMPUNKAN DOSA SAUDARA ISLAMKU ...
AMPUNKAN DOSA MEREKA ANG TELAH MENINGGAL DUNIA ..

BUKAKAN PINTU HATI KAMI UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN ..
BUKAKAN PINTU HATI KAMI UNTUK TAAT PADA AGAMA ISLAM ..
BUKAKAN PINTU HATI KAMI UNTUK MELAKUKAN AMAL IBADAT ...
BUKAKA PINTU HATI KAMI UNTUK MELAKUKAN PERINTAHMU ...

HINDARKAN KAMI DARI MELAKUKAN KEJAHATAN ..
HINDARKAN KAMI DARI AZAB API NERAKA ..
HINDARKAN KAMI DARI MALAPETAKA DAN BENCANA ALAM ..
HINDARKAN KAMI DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS ..
HINDARKAN KAMI DARI HASUTAN SYAITAN ..

KUATKAN IMAN KAMI ..
KUATKAN IKATAN KEKELUARGAAN KAMI ..
KUATKAN IKATAN PERSAHABATAN KAMI ..
KUATKAN IKATAN PERSAUDARAAN KAMI ...

MULIAKAN HATI KAMI ...
BERSIHKAN HATI KAMI ..
SUCIKAN HATI KAMI ...
TABAHKAN HATI KAMI ..

MURAHKAN REZEKI KAMI ...
SEMBUHKAN PENYAKIT KAMI ..
PANJANGKAN UMUR KAMI ...
MURAHKAN REZEKI MEREKA YANG BERKONGSI REZEKI DGN ORG LAIN ..


MATIKAN DAN HIDUPKANLAH KAMI DALAM KEADAAN BERIMAN DAN SEBAGAI ISLAM SEJATI DALAM KEADAAN YANG SEMPURNA SEPERTI MANA ENGKAU LAHIRKAN KAMI ..

SESUNGGUHNYA AKU BERSYUKUR MENDAPAT BERITA BAIK ..
DAN AKU REDHA MENDENGA BERITA BURUK ..

SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA ADIL, PENGASIH, PENYAYANG DAN MAHA BERKUASA KEATAS KAMI ...

Wednesday, March 30, 2011

Ada sebab sesuatu itu tidak terjadi ..

Aku bersyukur sebab ALLAH tak sempurna hidupku ..
Kerana aku tahu siapa aku ..
Bukan maksud aku nak menyalahkan ALLAH atau sudah rasa bagus hidup macam ni ...
Baca dulu apa yang aku maksudkan ...


Aku bersyukur .......,
sebab ALLAH tak kurniakan kekayaan dan kemewahan kepada aku ..
KERANA ...,aku tahu ..,akan akan menjadi seorang yang boros dan bermegah dgn apa yang ada..,
walhal ...,itu hanya pinjaman dariNYA ...


Aku bersyukur ......,
sebab ALLAH tak kurniakan kecantikan dan kejelitaan kepada aku ..
KERANA ...,aku tahu ...,aku akan menjadi seorang yang sombong dan bermegah dgn kecantikan yang aku miliki ...,
walhal ....,itu hanya pinjaman dariNYA ...

Aku bersyukur ......,
sebab ALLAH tak kurniakan darjat dan kedudukan yang tinggi kepada aku ....
KERANA ....aku tahu ....,aku akan menjadi seorang yang angkuh dan berlagak dengan darjat yang aku ada ..
walhal......,itu hanya pinjaman dariNYA ....

Aku bersyukur ....,
sebab ALLAH tak kurniakan kepintaran kepada aku ....
sebab aku tahu ...,aku akan menjadi seorang yang lupa diri dan membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat samada baik atau buruk ...


semuanya KERANA aku tahu ....
sebanyak mana hartaku,
secantik mana luaranku,
setinggi mana darjatku,
sehebat mana kepintaranku,

Itu hanya pinjaman dariNYA ..

Hanya ALLAH ...,
yang MAHA KAYA,
yang MAHA BERKUASA,
yang MAHA ADIL,
KEATAS KITA ...

Kepada sesiapa yang telah dikurniakan kesempurnaan dan kelebihan itu ..,
gunakan lah sebaiknya dengan rasa bersyukur dan perlu diingat ...,ALLAH bila-bila masa boleh menarik nikmat yang diberikan jika kita salah jalannya .Berkongsi lah nikmat itu bersama-sama orang memerlukan ..

p/s : Tetapi ..,bukanlah tiket utk kita tidak berusaha untuk menjadi lebih baik di dunia dan akhirat ..tetapi gunakanlah jalan yang betul jika ALLAH telah kurniakan kelebihan itu kepada kita ..

Sunday, October 3, 2010

Sorry !! Maaf !!

Sunday, September 19, 2010

Bagai bulan jatuh ke riba ...

















Peribahasa dia atas amat paling dan sangat bertepatan dengan apa yang telah berlaku last week ..
Hanya ALLAH je tahu tentang ape yang aku rasa .
Alhamdulillah ..sekian lama aku minat ngan die ..,bru skrg aku dpat berjumpa n berposing sama .
Happy sgt2 ..
Sesiapa yang trut meminati beliau ..sila makan hati je ye ..hehehe ..

Monday, September 13, 2010

Selamat Aidilfitri
















SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Orang putih makan spagheti,
Orang melayu makan karipap,
Tangan dihulur seikhlas hati,
Mohon diampun salah dan silap .

Namaku syima ,di panggil nadia,
Anak Patimah dan juga Abu Hasan,
Hari Raya ,hari mulia,
Mari kita maaf bermaafan .

Tahun ni beraya dalam keadaan sedih dan gembira ..itu dinamakn ALLAH maha adil ..dalam kesedihan yang DIA beri ,DIA beri juga kesedihan .

Tahun ini tahun pertama beraya tanpa orang tersyg ,ALLAHYARHAMAH NAPSIAH iaitu ibu saudara yang di gelar UCU NAP telah meninggalkan kami buat selama-lamanya .tiada lagi kedengaran suaranya yang riuh menyediakan persiapan raya .merasai ketupat rendangnya ..tak dapat lagi menikmati kuih buatannya .tak smpt nak beri duit raya buat kali pertama ,sedih tak dapat nk bayangkan la .lebih-lebih lagi kalau dengar takbir raya ..mase tu nak wat kerja pon serba tak kena .tapi kami redha dengan pemergiannya ..tak sggp lagi nak lihat penderitaannya .yang penting ALLAH lebih sygkannya ..
AL-FATIHAH ...


Tahun ni juga merupakan kali pertama aku bekerja sebagai pekerja .tahun ni perlu menyediakan budget duit raya utk mak ayah, wan, makcik sedara, pakcik sedara n ank2 buah .walaupaun byk budget yang keluar ..,yang penting kepuasan tu ada .best rasenya dapat bagi duit raya .
yang penting persiapan raya pun perlu disediakan sendri menggunakan wang bekerja ..tapi mmg best la .


Tahun ni juga beraya di rumah baru n sedikit luas utk menampung keluarga yg ramai .keghairahan utk menghias rumah tu terserlah .happy dapat tgk ramai org dtg beraya tanpa perlu berhimpit .terima kasih kepada kakak yang memberi kesenangan kpd kami .ehehe .


MAAF ZAHIR BATIN ,HALALKAN MAKAN MINUM, JIKA ADA TERLEBIH GURAU N TERSILAP BAHASA,HARAP DIAMPUNKAN .

Wednesday, August 25, 2010

Petua Kecantikan ..

Insyaallah mujarab dengan izin ALLAH ...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

Monday, August 23, 2010

ABANG ...



saat ini aku merindui mereka yang telah meninggalkan ku ..
aku tak dapat lagi nak menemui mereka ..aku tak dpat nak berbual dgn mereka ..aku tak berkesempatan utk bergurau dgn mereka ..aku tak berkesempatan utk melakukan aktiviti harian ..

aku teringatkan ARWAH ABANGKU yang tak pernah aku temui sejak lahir ..
entah bagaimana rupanya ..,keadaannya..,ketinggiannya ..
yang aku tahu ,dia adalah insan yang n terpilih oleh ALLAH untuk masuk ke SYURGANYA ..

sesekali aku ingin sangat melihatnya ..
melihat bagaimana rupa ABANG yang aku rsakan cukup sempurna ..
mengikut emak n ayah ..,beliau adalah ank yang paling "lawa" dikalangan kami ..senang dijaga berbanding kami ..tetapi kami tak pernah nak merasai lama nikmat itu ..

aku tak tahu samada aku dapat mencarinya kelak jika aku juga ditentukan ke SANA ..
kerana aku tak berpeluang mengenalinya ..

YA ALLAH ..,di bulan PUASA yang MULIA ini ..,kau benarkan la aku utk melihatnya ...
cukup utk sekali ..utk ku mengenali nya ..Engkau berikanlah kesempatan kepada ku untuk "hidup" untuk beberapa jam sahaja di dalam mmipiku ..
aku memohon pada MU YA ALLAH ..

setiap kali aku menziarahinya dirumah kekal abadi nya ..aku dapat rasakan kesayuan ..
betapa ruginya aku tak berjumpa dengannya ..pasti die akan menjadi abang yang baik menjaga ku ..aku juga merasakan kesedihan ...,dikala kami didunia ni merasai kebahagiaan berkeluarga ..,dia tak dapt merasainya ..tapi yang pasti dia lebih bahagia disisi ALLAH dan bersama orang yang soleh dan solehah dan boleh menjaganya dgn baik ..

ABANG,
adik mmg tak pernah berjumpa denagn abang ...,tapi adik dapat rasakan kasih syg abg ..abg sentiasa melihat kami dari sna ..susah senang kami disini ..suka duka kami disini ..

adik mengharapkan abg mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga ..
adik tetap syg n igt abg smpai akhir hayat adik ..
semoga kita dapat bertemu disana ..adik harapkan itu ...