BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 13, 2010

Selamat Aidilfitri
















SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Orang putih makan spagheti,
Orang melayu makan karipap,
Tangan dihulur seikhlas hati,
Mohon diampun salah dan silap .

Namaku syima ,di panggil nadia,
Anak Patimah dan juga Abu Hasan,
Hari Raya ,hari mulia,
Mari kita maaf bermaafan .

Tahun ni beraya dalam keadaan sedih dan gembira ..itu dinamakn ALLAH maha adil ..dalam kesedihan yang DIA beri ,DIA beri juga kesedihan .

Tahun ini tahun pertama beraya tanpa orang tersyg ,ALLAHYARHAMAH NAPSIAH iaitu ibu saudara yang di gelar UCU NAP telah meninggalkan kami buat selama-lamanya .tiada lagi kedengaran suaranya yang riuh menyediakan persiapan raya .merasai ketupat rendangnya ..tak dapat lagi menikmati kuih buatannya .tak smpt nak beri duit raya buat kali pertama ,sedih tak dapat nk bayangkan la .lebih-lebih lagi kalau dengar takbir raya ..mase tu nak wat kerja pon serba tak kena .tapi kami redha dengan pemergiannya ..tak sggp lagi nak lihat penderitaannya .yang penting ALLAH lebih sygkannya ..
AL-FATIHAH ...


Tahun ni juga merupakan kali pertama aku bekerja sebagai pekerja .tahun ni perlu menyediakan budget duit raya utk mak ayah, wan, makcik sedara, pakcik sedara n ank2 buah .walaupaun byk budget yang keluar ..,yang penting kepuasan tu ada .best rasenya dapat bagi duit raya .
yang penting persiapan raya pun perlu disediakan sendri menggunakan wang bekerja ..tapi mmg best la .


Tahun ni juga beraya di rumah baru n sedikit luas utk menampung keluarga yg ramai .keghairahan utk menghias rumah tu terserlah .happy dapat tgk ramai org dtg beraya tanpa perlu berhimpit .terima kasih kepada kakak yang memberi kesenangan kpd kami .ehehe .


MAAF ZAHIR BATIN ,HALALKAN MAKAN MINUM, JIKA ADA TERLEBIH GURAU N TERSILAP BAHASA,HARAP DIAMPUNKAN .

0 comments: