BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 30, 2011

Ada sebab sesuatu itu tidak terjadi ..

Aku bersyukur sebab ALLAH tak sempurna hidupku ..
Kerana aku tahu siapa aku ..
Bukan maksud aku nak menyalahkan ALLAH atau sudah rasa bagus hidup macam ni ...
Baca dulu apa yang aku maksudkan ...


Aku bersyukur .......,
sebab ALLAH tak kurniakan kekayaan dan kemewahan kepada aku ..
KERANA ...,aku tahu ..,akan akan menjadi seorang yang boros dan bermegah dgn apa yang ada..,
walhal ...,itu hanya pinjaman dariNYA ...


Aku bersyukur ......,
sebab ALLAH tak kurniakan kecantikan dan kejelitaan kepada aku ..
KERANA ...,aku tahu ...,aku akan menjadi seorang yang sombong dan bermegah dgn kecantikan yang aku miliki ...,
walhal ....,itu hanya pinjaman dariNYA ...

Aku bersyukur ......,
sebab ALLAH tak kurniakan darjat dan kedudukan yang tinggi kepada aku ....
KERANA ....aku tahu ....,aku akan menjadi seorang yang angkuh dan berlagak dengan darjat yang aku ada ..
walhal......,itu hanya pinjaman dariNYA ....

Aku bersyukur ....,
sebab ALLAH tak kurniakan kepintaran kepada aku ....
sebab aku tahu ...,aku akan menjadi seorang yang lupa diri dan membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat samada baik atau buruk ...


semuanya KERANA aku tahu ....
sebanyak mana hartaku,
secantik mana luaranku,
setinggi mana darjatku,
sehebat mana kepintaranku,

Itu hanya pinjaman dariNYA ..

Hanya ALLAH ...,
yang MAHA KAYA,
yang MAHA BERKUASA,
yang MAHA ADIL,
KEATAS KITA ...

Kepada sesiapa yang telah dikurniakan kesempurnaan dan kelebihan itu ..,
gunakan lah sebaiknya dengan rasa bersyukur dan perlu diingat ...,ALLAH bila-bila masa boleh menarik nikmat yang diberikan jika kita salah jalannya .Berkongsi lah nikmat itu bersama-sama orang memerlukan ..

p/s : Tetapi ..,bukanlah tiket utk kita tidak berusaha untuk menjadi lebih baik di dunia dan akhirat ..tetapi gunakanlah jalan yang betul jika ALLAH telah kurniakan kelebihan itu kepada kita ..

0 comments: